Saturday, May 29, 2010

Ulangtahun pertama MajalahSains.Com


Jun 2009-Jun 2010

Bulan Jun 2010 adalah bulan meraikan ulangtahun pertama kemunculan MajalahSains.Com di jagat raya internet. Tiada sambutan, tiada upacara atau tiada apa-apa yang istimewa berlaku pada hari tesebut . Cuma, di musim panas tepat pada 11 Jun 2009, MajalahSains.Com dilancarkan dari sebuah kediaman sementara kami beralamat 408 4th Avenue, Verdun, Montreal, Kanada.

Berbekalkan sebuah meja kecil, ditemani secawan kopi, 'setompok' rencana-rencana sains koleksi peribadi yang ditulis sejak pertengahan 2007 untuk majalah dan akhbar serta talian internet berkelajuan tinggi, saya selaku editor (buat masa ini) kandungan MajalahSains.Com menghubungi seorang rakan di Malaysia berbincang mengenai rancangan ini. Tanpa membuang masa, domain MajalahSains.Com didaftarkan. Hasilnya adalah seperti yang anda lihat sekarang. Selepas setahun, MajalahSains.Com telah menghimpunkan lebih 100 artikel berkenaan sains & teknologi, tokoh-tokoh serta buah fikiran saintis Malaysia.

Perkembangan ini terus rancak. Selepas setahun MajalahSains.Com telah dikunjungi oleh hampir 40,000 atau lebih tepat seramai 39,623 unique visitor berdasarkan catatan 'statcounter' yang di konfigurasi di laman ini. Ia adalah titik permulaan dan cita-cita besar bagi seorang yang kecil untuk melihat tumbuhnya minat masyarakat Malaysia dalam sains dan teknologi. Mudah-mudahan usaha ini akan terus berkembang di masa akan datang...

Beginilah kisah ringkas bagaimana MS bermula :-)